Saturday, July 19, 2008

UNDANG-UNDANG AM DAN PERLAWANAN

1. Mengikut undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak uresetia.
2. Tendangan sudut seperti biasa dan terdapat offside.
3. Lontaran ke dalam seperti biasa.
4. Mengisi borang perlawanan (pemain) 10 minit sebelum permainan bermula.
5. Permainan boleh dimulakan dengan sekurang-kurangnya 9 orang.
6. Pemain hendaklah memakai jersi yang bernombor dan tidak dibenarkan menukar jersi.
7. Setiap pasukan dibenarkan melakukan 4 pertukaran tidak termasuk penjaga gol setelah mengisi borang pertukaran pemain.
8. Pasukan yang lewat 5 minit dikira kalah.
9. Penerima kad kuning didenda sebanyak LE 3.00 dan kad merah sebanyak LE 5.00 serta perlu menjelaskan denda tersebut selepas perlawanan. Pasukan yang tidak menjelaskan denda, tidak dibenarkan meneruskan perlawanan yang seterusnya.
10. Penerima 2 kad kuning, digantung 1 perlawanan dan penerima 1 kad merah, digantung 1 perlawanan dan pasukan yang menurunkan pemain yang sedang dalam penggantungan akan dikira kalah dalam perlawanan tersebut.
11. Sebarang bantahan atau protes dikenakan bayaran LE 50.00 dan mengisi borang yang telah disediakan. Jika kalah, wang tersebut tidak akan dikembalikan.
12. Tempoh bantahan akan diterima 10 minit selepas tamat perlawanan. Pihak urusetia tidak akan melayan sebarang permohonan selepas tempoh tersebut.
13. Keputusan pengadil adalah muktamad.