Thursday, July 31, 2008

KEPUTUSAN KESELURUHAN

  • JUARA ; TERENGGANU DARUL IMAN
  • NAIB JUARA ; SELANGOR DARUL EHSAN
  • TEMPAT KE-3 ; DPM TANTA
  • TEMPAT KE-4 ; PAHANG DARUL MAKMUR
  • PIALA SUMBANGSIH ; DPM SHOUBRA
  • PEMAIN TERBAIK ; AHMAD BASRI CHE AZIH - TERENGGANU
  • PENJARING TERBANYAK ; MOHD SHAHRUL IMAN JOHANI - TERENGGANU
  • PASUKAN TERBAIK ; SELANGOR DARUL EHSAN

CARTA SUKU AKHIR,SEPARUH AKHIR & AKHIR

KEPUTUSAN TEMPAT KE-3 & 4 SERTA PERLAWANAN AKHIR

KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR

KEPUTUSAN SUKU AKHIR

Tuesday, July 29, 2008

KEPUTUSAN HARI KEEMPAT

Monday, July 28, 2008

KEPUTUSAN HARI KETIGA

Sunday, July 27, 2008

KEPUTUSAN HARI KEDUA

Saturday, July 26, 2008

KEPUTUSAN HARI PERTAMA

JADUAL PERLAWANAN

Friday, July 25, 2008

PEMBAHAGIAN KUMPULAN

Saturday, July 19, 2008

STATUS PEMAIN IMPORT

Salam sejahtera.. setelah menerima begitu banyak panggilan yang bertanyakan berkenaan pemain import,maka pihak moderator ingin menyatakan di sini sedikit sebanyak tentang status pemain import untuk Kejohanan Bola Sepak Piala Malaysia pada kali ini.

1. BKAN dengan BKAN ( contoh; Selangor mengimport pemain dari BKAN Terengganu )
2. DPM dengan DPM ( contoh ; DPM Damanhur mengimport pemain dari DPM Tanta )
3. BKAN dan DPM diberi kelonggaran untuk mengimport PEMAIN BERBANGSA MELAYU selain Malaysia dari Brunei,Singapura,Patani,Indonesia atau Kemboja mengikut kaitan-kaitan yang berikut ;
- pemain tersebut berdaftar sebagai ahli tetap @ bersekutu dengan BKAN atau DPM tersebut.
- pemain tersebut berkahwin dengan wanita Malaysia.
- pemain tersebut pernah belajar di mana-mana negeri di Malaysia.

4. Jika didapati pemain-pemain import tersebut langsung tiada kaitan seperti dinyatakan diatas,maka pemain tersebut tidak dibenarkan untuk menyertai mana-mana pasukan yang bertanding untuk kejohanan kali ini.

UNDANG-UNDANG AM DAN PERLAWANAN

1. Mengikut undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak uresetia.
2. Tendangan sudut seperti biasa dan terdapat offside.
3. Lontaran ke dalam seperti biasa.
4. Mengisi borang perlawanan (pemain) 10 minit sebelum permainan bermula.
5. Permainan boleh dimulakan dengan sekurang-kurangnya 9 orang.
6. Pemain hendaklah memakai jersi yang bernombor dan tidak dibenarkan menukar jersi.
7. Setiap pasukan dibenarkan melakukan 4 pertukaran tidak termasuk penjaga gol setelah mengisi borang pertukaran pemain.
8. Pasukan yang lewat 5 minit dikira kalah.
9. Penerima kad kuning didenda sebanyak LE 3.00 dan kad merah sebanyak LE 5.00 serta perlu menjelaskan denda tersebut selepas perlawanan. Pasukan yang tidak menjelaskan denda, tidak dibenarkan meneruskan perlawanan yang seterusnya.
10. Penerima 2 kad kuning, digantung 1 perlawanan dan penerima 1 kad merah, digantung 1 perlawanan dan pasukan yang menurunkan pemain yang sedang dalam penggantungan akan dikira kalah dalam perlawanan tersebut.
11. Sebarang bantahan atau protes dikenakan bayaran LE 50.00 dan mengisi borang yang telah disediakan. Jika kalah, wang tersebut tidak akan dikembalikan.
12. Tempoh bantahan akan diterima 10 minit selepas tamat perlawanan. Pihak urusetia tidak akan melayan sebarang permohonan selepas tempoh tersebut.
13. Keputusan pengadil adalah muktamad.

FORMAT PERTANDINGAN

1. Terbahagi kepada dua pusingan
-Pusingan pertama
-Pusingan kedua

2. Pusingan Pertama
-Pasukan-pasukan dibahagikan kepada 4 kumpulan mengikut undian.
-Perlawanan diadakan secara liga.
-Masa perlawanan selama 40 minit ; 20 minit separuh masa.
-Mata perlawanan dikira ;
Menang 3 mata
Seri 1 mata
Kalah 0 mata
-Kemenangan percuma memperolehi 3 mata dengan kiraan 2 gol.
-Jika terdapat 2 pasukan atau lebih, sama di dalam kedudukan mata, pasukan yang layak mengikut turutan adalah seperti berikut ;
-Jumlah jaringan tolak jumlah bolos (agregat), jika sama
-Jaringan gol, jika sama
-Kurang kad merah, jika sama
-Kurang kad kuning, jika sama
-Penalti 5 sepakan, jika sama
-Undian

3. Pusingan Kedua ( suku akhir, separuh akhir dan akhir )
-Perlawanan diadakan secara kalah mati.
-Sekiranya seri, tambahan masa akan dijalankan.
-Masa tambahan adalah 14 minit,7 minit separuh masa.

4. Pengadil disediakan oleh pihak urusetia perlawanan

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Terbuka kepada seluruh ahli PMRAM serta pasukan-pasukan jemputan.
2. Penyertaan setiap pasukan hendaklah melalui borang penyertaan yang dikeluarkan oleh PMRAM dan disahkan oleh BKAN atau DPM.
3. BKAN atau DPM hanya dibenarkan menghantar satu pasukan sahaja.
4. Setiap pasukan dianggotai oleh 18 orang pemain termasuk pemain simpanan.
5. Nama pasukan adalah bercirikan PMRAM, BKAN atau DPM.
6. Borang penyertaan hendaklah diisi dengan lengkap.
7. Setiap pasukan dikenakan bayaran pendaftaran sebanyak LE 200.00 dan hendaklah dijelaskan semasa penyerahan borang penyertaan.
8. Tarikh tutup penyerahan borang penyertaan selewat-lewatnya pada 23 Julai 2008 jam 5.00 petang di Dewan Asrama Pelajar Terengganu.
9. Undian perlawanan akan dijalankan pada hari tersebut, 23 Julai 2008 di Dewan Asrama Pelajar Terengganu.
10. Setiap pengurus pasukan diwajibkan hadir ke majlis taklimat perlawanan selepas majlis pengundian dijalankan.
11. Pasukan yang menarik diri dikenakan bayaran LE 50.00.
12. Jumlah pemain import yang dibenarkan adalah maksimum 3 orang sahaja.
13. Sebarang perubahan tertakluk kepada pindaan setelah dibincangkan secara bersama oleh pihak urusetia kejohanan dan juga pengurus-pengurus pasukan yang bertanding.

Thursday, July 17, 2008

BORANG DAN SYARAT PENYERTAAN

Kepada pengurus pasukan atau Ketua BKKS setiap BKAN dan DPM,sila download borang penyertaan dengan klik di sini.

Syarat-syarat penyertaan,format pertandingan dan undang-undang am akan diberikan kepada semua pengurus pasukan.Walau bagaimanapun,untuk rujukan boleh muat turun di sini.

Piala Malaysia Kembali...

Kejohanan Bola Sepak Piala Malaysia adalah satu acara tahunan yang dianjurkan oleh PMRAM.Seperti mana yang telah kita ketahui,ia adalah bersempena dengan Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan (PMHK) negara saban tahun.Kejohanan ini disertai oleh semua Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) dan Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) serta pasukan jemputan seperti Brunei,Singapura dan Kemboja.Pada tahun ini,PMRAM telah menetapkan tarikh 26-31 Julai 2008 sebagai tarikh kejohanan memandangkan banyak lagi acara lain bersempena PMHK perlu dilaksanakan dan juga mengambil kira pengajian tafaqquh bersama Sheikh Muhammad Nuruddin yang dijangkakan bermula pada pertengahan bulan Ogos.Oleh itu,sama-samalah kita berdoa agar Kejohanan Bola Sepak Piala Malaysia pada kali ini akan berlangsung dengan jayanya.