Saturday, July 19, 2008

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Terbuka kepada seluruh ahli PMRAM serta pasukan-pasukan jemputan.
2. Penyertaan setiap pasukan hendaklah melalui borang penyertaan yang dikeluarkan oleh PMRAM dan disahkan oleh BKAN atau DPM.
3. BKAN atau DPM hanya dibenarkan menghantar satu pasukan sahaja.
4. Setiap pasukan dianggotai oleh 18 orang pemain termasuk pemain simpanan.
5. Nama pasukan adalah bercirikan PMRAM, BKAN atau DPM.
6. Borang penyertaan hendaklah diisi dengan lengkap.
7. Setiap pasukan dikenakan bayaran pendaftaran sebanyak LE 200.00 dan hendaklah dijelaskan semasa penyerahan borang penyertaan.
8. Tarikh tutup penyerahan borang penyertaan selewat-lewatnya pada 23 Julai 2008 jam 5.00 petang di Dewan Asrama Pelajar Terengganu.
9. Undian perlawanan akan dijalankan pada hari tersebut, 23 Julai 2008 di Dewan Asrama Pelajar Terengganu.
10. Setiap pengurus pasukan diwajibkan hadir ke majlis taklimat perlawanan selepas majlis pengundian dijalankan.
11. Pasukan yang menarik diri dikenakan bayaran LE 50.00.
12. Jumlah pemain import yang dibenarkan adalah maksimum 3 orang sahaja.
13. Sebarang perubahan tertakluk kepada pindaan setelah dibincangkan secara bersama oleh pihak urusetia kejohanan dan juga pengurus-pengurus pasukan yang bertanding.