Thursday, July 17, 2008

Piala Malaysia Kembali...

Kejohanan Bola Sepak Piala Malaysia adalah satu acara tahunan yang dianjurkan oleh PMRAM.Seperti mana yang telah kita ketahui,ia adalah bersempena dengan Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan (PMHK) negara saban tahun.Kejohanan ini disertai oleh semua Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) dan Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) serta pasukan jemputan seperti Brunei,Singapura dan Kemboja.Pada tahun ini,PMRAM telah menetapkan tarikh 26-31 Julai 2008 sebagai tarikh kejohanan memandangkan banyak lagi acara lain bersempena PMHK perlu dilaksanakan dan juga mengambil kira pengajian tafaqquh bersama Sheikh Muhammad Nuruddin yang dijangkakan bermula pada pertengahan bulan Ogos.Oleh itu,sama-samalah kita berdoa agar Kejohanan Bola Sepak Piala Malaysia pada kali ini akan berlangsung dengan jayanya.